Thursday, 25 April 2013

matriks

keputusan matriks dah diumumkan semalam. syukur kerana aku salah

seorang yang berjaya mendapat tempat dalam program satu tahun

di sana. sekarang ni masa untuk tunggu upu pula. Ok lepas tu baru

decide nak pegi mana kan nak sambung belajar lepas ni. Yang aku

dengar budak sekolah aku ramai yang dpt matriks dkt kedahn

pahang. So diorang boleh buat gang balik la lps ni kan.

ehm aku pula dapat dekat selatan je. huhu.


Tuesday, 23 April 2013

semakan tingkatan 6

Hari ni semakan untuk ke tingkatan 6 bagi pelajar spm 2012 boleh disemak

dekat portal rasmi kementerian pelajaran malaysia http://moe.gov.my.

Aku pun tak melepaskan peluang la untuk check walaupun aku tak

minat sangat. Bukan sebab apa... aku tak nak pakai baju sekolah dah

tak nak jadi budak sekolah dah.  Lagi satu yang aku dengar stpm ni susah.

ehm tu aku tak tahu. Aku tak melaluinya pun. Tapi ada orang kata kalau

cemerlang stpm ni kiranya diorang ni boleh tahan bijak. Ehm rasanya

nak belajar apa2 pun pokok pangkal pada hati sendiri kan. I think form 6

is not bad jika dibandingkan budak-budak asasi, matriks, poli and others

jika cemerlang kan.

Semakan matrikulasi spm 2012

PENGUMUMAN KEPUTUSAN CALON BERJAYA KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2013/2014
23 April 2013


Bahagian Matrikulasi KPM akan mengumumkan keputusan calon yang berjaya pada 25 April 2013.
 Hanya pelajar SPM 2012 yang telah membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 10 Oktober
 2012 boleh menyemak keputusan di laman sesawang seperti berikut:


sumber portal rasmi kementerian pelajaran malaysia




dup...dap...dup...dap huh berdebarnya. Debaran ni rasanya macam nak
 tunggu result spm masa tu.




Result temuduga upu

Hari ni result temuduga upu keluar berkobar-kobar la juga mula-mula nak buka laman web upu tu.
universiti yang aku minta yang ada temuduga tu ialah...............apa cuba teka....
universiti malaya...first time tau um buat interview tu. ehm aku tahu um ni nak masuk syarat dia
result kena superb tapi tak salah kan kalau aku minta.

masa nak buka laman tu  berkali-kali jugalah aku cuba nak buka tapi tak dapat. Rasanya lambat
sebab ramai sangat kot yang tak sabar2 nak check result diorang.
akhirnya sampai pun masa aku nak check result sekian lama menunggu...huh...
aku tak dapat pun temuduga tu. Tapi tak pa aku rasa
rezeki aku bukan dekat situ. Yang berjaya tu Tahniah. Yang tak berjaya tu jangan berputus asa
kerana ada hikmah disebalikknya. Yang penting kita kena lebih usaha untuk lebih berjaya pada
masa akan datang. It is not the end of the world lah...


chaiyok...chaiyok...


Sunday, 7 April 2013

aliran teknikal best ke tak...

okay entri kali ni aku nak kongsi sikit pengalaman aku dalam aliran teknikal ni.Ni khas untuk bebudak yang baru nak berjinak-jinak dalam aliran ni la ye. ok aku cerita sikit ye tapi yang hanya aku tahu je la. Dekat sekolah aku aliran teknikal ni subjek yang kena ambil waktu spm nanti ialah subjek teras, matematik, matematik tambahan,fizik, kimia, dan subjek teknikal iaitu teknologi kejuruteraan(tk) dan lukisan kejuruteraan(lk).Pendek kata semua subjek aliran sains ada kecuali bio dan diganti dengan tk dan lk. Aliran ni aku syorkan untuk bebudak yang minat untuk further study dalam bidang engineering or architecture kat u nanti. Aku nak bagi nasihat sikit la kat budak perempuan dekat budak laki aku tak kisah sangat sebab aku rasa mesti diorang pro lah dalam bab2 macam tu kan. For girls yang tak tahan lasak n tak kreatif sangat tu baik tak yah cuba nanti nyesal macam aku.Setiap ada kelas lk je aku down tak pandai nak imagine nak buat lk tu. Kalau korang nak ambil juga korang buat lah research dulu ye.Satu perkara lagi aku nak ingatkan aliran ni penting ye untuk kerja dalam grouping kalau tak...tak menjadi ye. Harap dapat membantu.

Saturday, 9 March 2013

Penantian

Penantian...

    Hari demi hari...makin dekat pulak dengan tarikh tu. Macam2 rasa pulak yang timbul. uih...takut, excited, risau...tak tahu macam mana nak cakap. Aku rasa bukan aku sorang je kot yang tengah menunggu dan ada perasaan macam ni...ohh SPM. Aku harap lah sangat aku dapat keputusan yang  bagus...sudah semestinya la straight A+ kan tapi bukan senang nak dapat straight A+ tu jadi dapat straight A pun jadi la. Fasal gred SPM tu aku tak kisah la dia naik ke turun janji yang membolehkan aku dan kawan2 aku yang lain dapat straight A. Aku rasa aku dan semua candidate spm 2012 dah buat all the best dah dalam peperiksaan yang lalu.  Mudah-mudahan kita orang dapat la keputusan yang kitaorang impi-impi dan idam-idamkan tu dengan berkat dan izinnya. Buat masa sekarang tak da apa2 yang boleh dibuat lagi selain berserah kepadanya...STRAIGHT A+ SPM 2012